Assalamualaikum.. hai semua? sihat? nak cerita apa eh agak agak.. tetiba teringat blog ni dah berhabuk sesangat.. tapi mestilah korang tengah panas dengan Maharaja Lawak Mega 2014 kan.. TAHNIAH ZERO!! sebab no one.. tapi memang dari awal aku sokong zero.. hahaha.. ok motif utama aku nak share la sikit pasal aku nak sambung degree..
Ok disebabkan aku terlalu takut dengan result penerapan, aku apply la Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),, aku dapat rasakan lah yang penerapan UiTM aku tak dapat.. mana tak nya.. aku apply kos susah hahahahahaha.. tu la berlagak lagi budget macam kau ni pandai sangat farhanah! ok dan result penerapan pun keluar dan aku tak dapat!! yey :'( haha wey aku sedih sebenarnya.. tapi aku buat buat okey je budget cool padahal aku punya down, ALLAH je tahu.. dan thanks pada yang memahami aku dan tanya dan tahu yang aku tak ok.. thanks :') yela UiTM je kos pembiayaan murah.. tempat lain mahal.. aku harap sangat dapat kot.. tak apalah maybe bukan rezeki aku kot.. senyum k farhanah :) .. ok ni list penerapan yang aku apply ;
1. Pendidikan Matematik
2. Human Resource
3. Corporate admin..
ok.. meh aku terang sesatu kenapa aku tak dapat..
1. Pendidikan matematik
- aku rasa aku tak dapat sebab aku sendiri dari diploma pentadbiran awam which is no mathematical background.. dah SPM pun aku tak ambil addmath berangan je kan nak kos ni.. PLUS interviewer pun dah cakap dorang akan pilih orang yang ada background math dulu.. so aku memang dah agak lah..
2. Human Resource
- aku tak tahulah kenapa aku tak dapat sebab muet just nak band 2 dan cgpa tak silap aku 2.50 je.. maybe ramai kot budak business apply kos ni.. mesti la pihak UiTM akan choose bebudak yang dekan dan tinggi jaa kan.. so aku tak dapat,,
3. Corporate Admin..
- yang ni no wonder la aku tak dapat.. tengok je kelayakan dah tahu dah apa punca.. PLUS lepasan asasi LAW pun akan apply kos ni.. sebab kos ni macam LAW sikit.. so compete la dengan dorang dan lepasan diploma kos ni.. By the way, aku lepasan diploma kos pentadbiran awam dan aku tak dapat nak sambung kos sama hahahahahahahahaha! So nanti kawan aku dah kerja setahun lebih aku baru terkedek kedek keluar dari UUM..
ok, for the conclusion aku tak dapatlah sambung UiTM.. result degree UUM dah keluar 2 minggu awal dari result penerapan dan alhamdulillah aku dapat.. panggilan interview dan ujian medsi UPSI pun aku dapat tapi aku tak pergi sebab kos sains sukan.. kalau aku sihat, aku dah pergi dah interview dekat tanjung malim uh tapi disebabkan masalah kesihatan aku, aku tak pergi.. sayang sangat :'( .. so aku pun dah buat keputusan aku pergi la UUM.. dan aku harap UUM dapat ubah masa depan aku.. tak nak lah jadi macam diploma memain.. kan menyesal tak sudah.. nasib baik UUM nak aku haha..
tapi dalam masa yang sama aku apply juga UPU dan aku buat rayuan penerapan.. so aku pun tak tahulah nak buat apa ni sebab pening.. apa apa pun aku dah buat istikharah dan jawapan still sama.. dan aku harap jawapan dari istikharah ni jawapan yang betul dan aku follow.. hope ALLAH permudahkanlah jalan yang bakal aku pilih ni.. In Shaa Allah.. by the way aku dapat sarjana muda keusahawanan dengan kepujian di UUM.. hurm kos yang aku nak dan selama ni aku memang berangan nak buka business sendiri.. hope bukan angan angan dah nak jadikan realiti.. amin.. amin.. amin.. doakan aku tau semua :).. sekian..