Thursday 1 January 2015

Interview Pendidikan UiTM

hai.. assalamualaikum korang, rasa dah lama sangat tak update.. so tetiba rasa nak update la pula plus tak ada kerja aku nak buat kan, meh ler aku nak story moryyyy dengan korang semua.. dok termenung tadi tetiba teringat masa aku pergi interview dekat UiTM Shah Alam untuk kos pendidikan matematik ijazah sarjana muda.. kisah nya pun bermula.....

pada suatu hari, terdapat seekor kambing mengembekkkk mbeeekkk mbeekkkk.. hahahaha.. tak lawak eh korang?? ok hambar sangat! muahahaha.. ok, please be serious fatin farhanah :) ok aku bangun pukul 5.30 pagi, awal kan kan kan? sebab rumah aku jauh sikit dari Shah Alam, aku rasa satu jam lebih macam tu laa.. sampai sampai je terus sakit perut.. ni la namanya bila terlalu cuak, semua benda nak rasa, sakit perut la, lapar la, nak muntah la itu la ini la..

sampai je UiTM, terus naik tingkat yang aku kena interview tu, nasib baik la fakulti pendidikan kecil je, senang aku cari bilik tu.. aku dapat turn yang ke 13.. dari berapa entah aku tak ingat.. yang pasti, aku geng penghabisan.. aku nak habis cepat kot.. tak sanggup nak tunggu ketakutan interview lelama tapi dapat turn last.. haihhh.. aku naik pukul 8 pagi.. padahal start 8.30.. memang mendap sangat tunggu lelama.. memula tu aku sorang je dekat luar bilik tu yang lain mana entah.. lambat sangat sampainya..

aku ternampak budak lelaki sorang ni duduk dekat depan bilik sebelah, tetiba dia duduk sebelah aku??? dah kenapa duduk sini (cakap dalam hati jela.. muahahaha) elok elok memula kepala, mata aku dok melilau terus diam aku, badan, kepala terus hala tempat lain, tak menghadap mamat tu.. ahahaha.. lepas tu dia pun bla.. kecewa agaknya.. (ayat budget hot, puihhh).. then sorang sorang datang, maksud aku budak yang dapat satu bilik dengan aku laa.. ada 2 candidate perempuan duduk sebelah aku, dua dua kedah, dia tegur aku dulu, memula aku nak tegur tapi dia pula tegur dulu.. hee.. haaaaaaaa!! kan best bila borak, hilang sikit rasa cuak tu.. korang jangan berlagak sangat duduk diam tak nak tegur sesiapa kalau korang pergi interview nanti tau!

then, krik krik krik dah tak tahu nak cakap apa.. aku diam.. lepas tu tetiba ada sorang budak perempuan ni, aku dok perhati dia naik sampai la dia cek list name dia.. dia pandang aku, aku pandang dia.. dalam hati 'eh macam kenal je budak ni?' dia pun tegur, 'uitm machang ke?' aku, 'eh ha'ah uitm machang juga ke?' laaahaaaiiiii lawak sangat aku pikir aku sorang je sesat sebab yang lain semua ada kawan, ada juga budak uitm machang! lega aku plus dia satu KO dengan aku dulu KO BPC.. ehehehe.. suka sangat ada geng.. borak punya borak, eh ada sorang lagi budak perempuan, uitm machang juga.. so totally, 3 orang budak uitm machang ambil kos ni termasuk aku..

yang ni lawak aku pelik asal la bilik aku lambat gila keluar, aku tengok budak bilik sebelah, cepat gila kot dorang interview, lepas tu asal keluar dari pintu je, siap senyummmm punya lebar.. sorang sorang macam gitu.. yang bilik aku ni lama gila kot.. interviewer ni borak ke apa lama gila???? .. ok rupanya dia ingat sikit je yang interview rupanya ramai, sebab tu dia lelama.. bilik aku, interviewer nya sorang je, lelaki.. ok, kalau sesetengah interviewer kan ada cakap malay ada speaking kan? kalau interviewer aku fully speaking.. adehhh ~ musnah hati aku bila budak sama bilik dengan aku bagitahu.. dah la aku speaking berterabur gigi.. 

sorang demi sorang lepas, then sampai la turn aku.. aku ketuk pintu cakap assalamualaikum.. then masuk.. jalan kena yakin, tapi aku tunduk je.. alahai, nampak sangat kau tak yakin farhanah! then aku pun bagi la semua dokumen yang dia nak.. satu kesalahan bodoh aku buat ialah aku just bawa dokumen salinan je yang asal aku tak bawa :( bagus sangat kan aku?? cuak nak mati masa tu.. aku pun terus cakap 'saya tertinggal yang asal, saya bawa salinan je, dah sampai sini baru saya perasan, tak apa ke?' ( ni hasil kelentong, padahal aku memang tak bawa, ahaha) interviewer, 'eh tak apa, tak apa?' perghh!!! lega!!! aku terus nak jalan duduk.. lepas tu dia panggil 'wait!' aku patah balik, ohh dia nak test ujian warna..

bermulalah sesi interview.. antara soalan dia tanya ialah : p/s yang aku ingat jela sebab dah lama dah aku pergi bulan 12 sekarang bulan 1.. 

1. Perkenalkan diri
2. Kenapa aku tukar bidang? (sebab aku dari diploma pentadbiran awam UiTM Machang Kelantan)
3. Kenapa minta kos ni?

tu jela aku ingat.. ahahaha sebab masa tu aku orang ke3 last so, interviewer tu tak tanya banyak, dah penat agaknya, budak sebelum ni semua kena buat moc teaching, aku tak kena.. lega! sebab aku tak tahu nak ngajar apa.. orang tu ada cakap la dorang akan pilih budak yang ada background math dulu, kalau aku kan, aku tak ada background math, sebab aku dari diploma yang baca baca plus aku tak ambil addmath.. so macam susah la aku nak dapat, ada rezeki, ada lah.. orang tu nak serap aku kos account ijazah sarjana muda?!!! (sebab aku ada sijil LCCI) aku?? terus terbeliak mata .. spontan je aku jawab 'errr, account susah' ahahahaha.. sempat pula aku memilih kan.. then dia tanya ada apa apa soalan tak.. (sebelum nak keluar dari bilik interview) pastikan tanya jangan tak tanya.. soalan aku tanya ialah :

1. Kalau saya dapat kos ni, sem 2 tu saya dapat kolej lagi tak?
    - yang tu saya tak tahu, sebab saya tak berapa tahu sangat sistem kolej kediaman, tapi awak kena join aktiviti yang dibuat..

2. Kalau saya dapat kos ni, saya kena belajar ke addmath, fizik, bio semua tu?
    - awak tak belajar, tapi awak akan belajar calculus dan calculus lagi susah dari addmath (telan air liur masa dengar)

3. Kalau saya tak dapat kos ni, uitm akan tarik pada pilihan kedua kan? sebab kos ni first choice saya..
    - eh saya tak kata awak tak dapat, kalau ada rezeki, awak dapat la kos ni, kalau tak dapat awak dapat yang second choice.. (aku nak sangat HR kot tapi aku letak pendidikan first choice sebab ikut cakap mak aku, mithali kan aku? ahahahaha)

ok habis dah, tu jela yang aku nak kongsikan.. terima kasih sudi baca ^^v.. bye, assalamualaikum..
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN