Monday, 2 June 2014

Adik ^^

Assalamualaikum.. hai korang.. buat apa tu? tidur eh? hehe.. sementara sebelum masuk tidur ni, update la blog ni sekejap.. memandangkan ni baru post kali kedua kan?.. hurm.. aku nak cerita apa eh? entah ler tak tahu la nak cerita apa.. post yang first bukan main gedik lagi kan, aku bahasakan diri 'i'.. sebenarnya kan aku sajee jee.. hehe..

Meh lah aku nak habaq..dari hari khamis sampai la esok, tak berhenti rehat, asyik keluar rumah je, sejujurnya aku penat gila.. khamis sampai sabtu dekat rumah nenek dekat melaka sebab ada kenduri, pagi sabtu balik rumah dekat kuala langat, then petang tu pergi johan setia pula, kenduri sepupu sebab dia nak kahwin dah.. ahad dengan hari ni keluar juga uruskan adik nak masuk kptm bangi..

Alhamdulillah, dia dapat kptm bangi, kos bisnes dengan kerjasama UiTM.. adik aku ni pemalas sikit, semua nya aku yang mohon.. ipta, politeknik, pra diploma dan kptm.. ada juga yang sangkut, memang aku syukur sangat lah kan.. walaupun adik aku tu spm memain, tapi aku yakin dekat kptm dia akan jadi budak yang rajin.. in shaa allah, jangan jadi masa sekolah, pemalas.. hahaha.. 

Esok dia nak daftar da ke kptm tu, gerak pagi, see? aku keluar lagi, seriously penatnyaaaaaa.. takpelah demi adik aku.. dia ni kan harap je lelaki tapi dia punya barang aku yang packing, dia punya barang tapi aku yang pilih masa nak beli, nak buka acc pun aku yang buat, adoii harap je badan besar, tapi semuanya aku yang buat.. apa apa pun, tu la adik aku.. makin da besar makin rapat..

Diharapkan, adik aku tu berubah la kepada mood nak belajar.. ehehe.. akak doakan agar apa pun yang kau buat sentiasa diberkati dan dipermudahkan ALLAH.. Ameen.. nak tahu tak adik aku yang mana??? tu yang dekat blog aku ni.. dekat sebelah ni ->>>>>>>>

Hehe.. okk habis da bebel, esok kena bangun awal, bye korang, take care, thanks to people that follow me.. assalamulaikum :)

No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN