Tuesday, 3 June 2014

'Air Dicincang Tidak Akan Pernah Putus'

Assalamualaikum.. kisah hari ini, hehe.. entry yang ketiga.. hehe, itu pun nak kira kan? hari ni punya cerita; menghantar adik aku ke kptm bangi.. kalau entry sebelum ni aku ada cerita yang dia dapat situ kan?.. hehe.. haa ni aku nak cerita ni, perjalanan kisah hidup dia bermula hari ini..

Nama adik aku Muhammad Syafiq bin Asri.. umur dia 18 tahun.. dilahirkan pada 8 April 1996.. dia ni badan dia besar, dekat rumah suka buat orang tergelak, kadang tu menyakitkan hati ada juga.. aku jenis suka pukul adik adik aku secara tetiba.. aku pun tak tahu kenapa.. tapi aku suka tengok muka dorang bila dorang marah.. act, cuti sem ni aku rapat gila kot dengan family aku dengan adik beradik aku..

Hehehe.. leleh kan aku? takpe, aku nak cerita juga.. entahlah, makin sayang pula nya dekat dorang ni, ada hikmah juga aku tak de yang special, makin rapat hubungan dengan family, tak ada lah aku sibuk nak menghadap phone nak message 24 jam, nak call, layan orang yang bukan hak kita lagi kan.. better aku layan family aku.. jaga hati dorang kan..

Sambung balik pasal Syafiq ni, Syafiq maksudnya penyayang.. buktinya adik aku ni nampak je badan besar, tapi hati dia kecil tau, dia senang memaafkan orang, tak panas baran, paling penting dia sayang keluarga dia, contoh, masa aku sedih dulu, dia backup aku, bagi nasihat dekat aku.. hurm.. perghh! tengah menaip boleh bertakung pula kan air mata aku ni..

Selesai je urusan pendaftaran, pergi keluar makan dengan dia.. then, hantar dia balik sampai pintu bilik, duduk sekejap sebab dia sengsorang.. bila kawan bilik dia dah balik, baru kami beransur pulang, nampak tak manja disitu.. kami adik beradik pun bahan dia, 'wey, jangan nangis, konfirm malam ni sebelum tidur kau nangis'.. dan blablablablablabla.. bahan bahan bahan dan bahan sambil gelak gelak.. ehehe.. boleh pula masa aku dok gelak beria tu tetiba air mata aku jatuh.. sedih wey.. sedih..

Ayah aku pun nangis, tapi nyorok nyorok.. kelakar kan?.. hehe.. mak aku tak nangis pun, aku je beria nangis.. lepas dah lambai dia, kami pun balik.. masuk dalam kereta je, aku nangis lagi.. Ya Allah, asal aku sedih sangat? ni pun nak nangis lagi.. entahlah.. siapa tak sayang adik kan?.. nampak je aku ni ganas, tapi dalam hati aku ada taman.. hahahahaha.. ok, sudah sudah leleh lagi.. habis da my story.. take care guys.. assalamualaikum :) thanks for read this entry ^^

2 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN