Thursday 30 October 2014

Nilai Sahabat

Pernah fikir?
Kita dapat kenal?
Atau terasa?
Kita kekal bersama?
Mungkin senyum sendiri
Bila teringatkan semuanya kembali.

Dia kecil
Dia muda
Dan dialah jiwa kuat
Yang ada berani
Dan ada mimpi
Mimpi bawa dia bangun sendiri
Juga cuba jadi bidadari
(AKU)

Ada masa bila berduka
Dia datang beri telinga
Juga senang lihat senyuman
Hilai tawa
Yang mampu gegarkan dunia
(DILA)

Intai dalam jeda masa
Lihat apa ada indahnya
Bakal jumpa satu jasad
Sungguh hebat
Satu jiwa sungguh kuat
Kerana jarang nampak si air mata
Turun membasahi di birai matanya
Hati itu perkasa
(NAD)

Cari cari kata 
Untuk tulis tentang dia
Yang nampak 
Hanya ceria
Atau mungkin sedih
Zaman jatuhnya
Namun tahu dia berjaya
Cari ruang agar hati gembira
(PIKA)

Kalau mahu memberi
Jangan pernah disimpan lagi
Kerana yang datang bukan seorang
Dia miliki hati yang lapang
Mahu kongsi segala cerita
Yang mampu buat kau ketawa
(ANEEM)

Susah mencari
Akan hati berani
Atau mahu jumpa
Akan indah bahasa
Tetapi sia sia
Tahu sesuai segala acara
Berjaya menjadi penonton setia
Yang tak pernah jemu
Mendengar cerita
(YANA)

Paling pelik
Paling serik
Juga paling molek
Memberi akan semangat
Dan membantu akan rumit
Supaya hidup sentiasa senang
Berteman dia tak akan kecundang
Jadi hulur juga buat dia
Satu bahagia
Pasti dikenang sampai bila bila
(SYIDA)

Pada usia tak percaya
Bahawa dia lebih dewasa
Kerana gelagatnya sama
Seperti kami yang kanak kanak
Riang mengira bintang
(DAYAH)

Apa lagi mahu dicari
Akan manusia yang baik budi
Sempurna
Lihat pada gaya dan tutur bicara
Mampu beri getar dalam jiwa
Dan beri harapan sekalian yang ada
(SYUE)

#penaberani

Termenung 
Lalu tersedar
Satu watak belum dilakar
Watak diri sendiri
Payah
Bagaimana untuk adili
Dan cipta ayat untuk diri sendiri?
Lalu biar mereka menilai
Bagaimana aku?
Dan seperti apa sikapku?
Nanti mereka juga akan ketawa
Teringatkan segala telatah dan bicara
(TEHA/PENABERANI)



TDM106 dimana disitu la banyak hal, peristiwa yang berlaku.. adanya tawa.. adanya bahagia adanya duka.. semuanya dikongsi bersama.. terima kasih buat semua yang ada sepanjang hari hari aku di UiTM Machang, Kelantan.. terima kasih juga menjadi kenangan terindah buat diri ini.. selama 2 tahun setengah bersama.. banyak ragam.. banyak karenah.. andai ada jodoh, kita bersua.. salam sayang dan rindu buat semua.. 

No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN