Friday, 31 October 2014

E's Family #rindu


Assalamualaikum semua.. salam sabtu dari aku.. hehe.. hurm.. bila diploma dah habis ni kan.. rindu sangat sangat zaman diploma dulu.. apatah lagi dengan kawan kawan.. budak budak kelas.. jujur.. aku rindu sangat dekat dorang.. bila termenung je mesti teringat.. lama lama rasa sebak.. rasa nak menangis pun ada.. macam macam kenangan manis pahit ada.. terima kasih UiTM Machang bagi aku kesempatan kenal kawan kawan yang semua nya hebat hebat dan sweet sweet.. semalam post untuk budak budak beluncas.. a.k.a kawan kawan rapat kira geng la.. dan puisi semalam, kawan aku (TEHA) buatkan puisi untuk kami semua.. hari ini pula, puisi buat kawan kawan kelas.. yang aku bersama dorang dari sem 1 sampai sem 5 kot.. puisi yang ni aku yang buat.. ok, tak tahu la sedap ke tidak.. tapi lahir dari hati..


Pilihanku
Negeri Kelantan itu
Tempat aku menuntut ilmu
Tempat di situ bertemu kamu

Biasa 
Pada awalnya
Nampak sombong belaka
Berada bersama puak puak mereka
Berbeza negeri juga berbeza bahasa

Tapi bila lama lama
Sungguh tidak diduga
Makin rapat jadinya
Ibarat menjadi adik beradik antara kita
Yang sentiasa bersama

Hampir dua tahun setengah berjuang bersama
Berada di kelas yang sama
Macam macam karenah
Macam macam ragam
Yang kadang kala
Menjadi penglipur lara

Kini
Aku berada di rumah
Jauh dari mereka
Ya! Aku sedar
Aku amat merindui mereka
Rakan kelas seperjuangan
Yang banyak memberi bantuan

Aku rindu
Aku rindu
Moga semuanya sihat selalu

Jaga diri
Jaga hati
In shaa Allah
Ada rezeki
Kita jumpa lagi
Suatu hari nanti

Terima kasih menjadi memori
Memori indah di kala sepi
Yang amat sukar dilupai
Yang sentiasa menjadi kekuatan diri

Kenangan kita
Jangan pernah dilupa
Yang kini semuanya
Hanya tinggal peristiwa

Thursday, 30 October 2014

Nilai Sahabat

Pernah fikir?
Kita dapat kenal?
Atau terasa?
Kita kekal bersama?
Mungkin senyum sendiri
Bila teringatkan semuanya kembali.

Dia kecil
Dia muda
Dan dialah jiwa kuat
Yang ada berani
Dan ada mimpi
Mimpi bawa dia bangun sendiri
Juga cuba jadi bidadari
(AKU)

Ada masa bila berduka
Dia datang beri telinga
Juga senang lihat senyuman
Hilai tawa
Yang mampu gegarkan dunia
(DILA)

Intai dalam jeda masa
Lihat apa ada indahnya
Bakal jumpa satu jasad
Sungguh hebat
Satu jiwa sungguh kuat
Kerana jarang nampak si air mata
Turun membasahi di birai matanya
Hati itu perkasa
(NAD)

Cari cari kata 
Untuk tulis tentang dia
Yang nampak 
Hanya ceria
Atau mungkin sedih
Zaman jatuhnya
Namun tahu dia berjaya
Cari ruang agar hati gembira
(PIKA)

Kalau mahu memberi
Jangan pernah disimpan lagi
Kerana yang datang bukan seorang
Dia miliki hati yang lapang
Mahu kongsi segala cerita
Yang mampu buat kau ketawa
(ANEEM)

Susah mencari
Akan hati berani
Atau mahu jumpa
Akan indah bahasa
Tetapi sia sia
Tahu sesuai segala acara
Berjaya menjadi penonton setia
Yang tak pernah jemu
Mendengar cerita
(YANA)

Paling pelik
Paling serik
Juga paling molek
Memberi akan semangat
Dan membantu akan rumit
Supaya hidup sentiasa senang
Berteman dia tak akan kecundang
Jadi hulur juga buat dia
Satu bahagia
Pasti dikenang sampai bila bila
(SYIDA)

Pada usia tak percaya
Bahawa dia lebih dewasa
Kerana gelagatnya sama
Seperti kami yang kanak kanak
Riang mengira bintang
(DAYAH)

Apa lagi mahu dicari
Akan manusia yang baik budi
Sempurna
Lihat pada gaya dan tutur bicara
Mampu beri getar dalam jiwa
Dan beri harapan sekalian yang ada
(SYUE)

#penaberani

Termenung 
Lalu tersedar
Satu watak belum dilakar
Watak diri sendiri
Payah
Bagaimana untuk adili
Dan cipta ayat untuk diri sendiri?
Lalu biar mereka menilai
Bagaimana aku?
Dan seperti apa sikapku?
Nanti mereka juga akan ketawa
Teringatkan segala telatah dan bicara
(TEHA/PENABERANI)



TDM106 dimana disitu la banyak hal, peristiwa yang berlaku.. adanya tawa.. adanya bahagia adanya duka.. semuanya dikongsi bersama.. terima kasih buat semua yang ada sepanjang hari hari aku di UiTM Machang, Kelantan.. terima kasih juga menjadi kenangan terindah buat diri ini.. selama 2 tahun setengah bersama.. banyak ragam.. banyak karenah.. andai ada jodoh, kita bersua.. salam sayang dan rindu buat semua.. 

Tuesday, 3 June 2014

'Air Dicincang Tidak Akan Pernah Putus'

Assalamualaikum.. kisah hari ini, hehe.. entry yang ketiga.. hehe, itu pun nak kira kan? hari ni punya cerita; menghantar adik aku ke kptm bangi.. kalau entry sebelum ni aku ada cerita yang dia dapat situ kan?.. hehe.. haa ni aku nak cerita ni, perjalanan kisah hidup dia bermula hari ini..

Nama adik aku Muhammad Syafiq bin Asri.. umur dia 18 tahun.. dilahirkan pada 8 April 1996.. dia ni badan dia besar, dekat rumah suka buat orang tergelak, kadang tu menyakitkan hati ada juga.. aku jenis suka pukul adik adik aku secara tetiba.. aku pun tak tahu kenapa.. tapi aku suka tengok muka dorang bila dorang marah.. act, cuti sem ni aku rapat gila kot dengan family aku dengan adik beradik aku..

Hehehe.. leleh kan aku? takpe, aku nak cerita juga.. entahlah, makin sayang pula nya dekat dorang ni, ada hikmah juga aku tak de yang special, makin rapat hubungan dengan family, tak ada lah aku sibuk nak menghadap phone nak message 24 jam, nak call, layan orang yang bukan hak kita lagi kan.. better aku layan family aku.. jaga hati dorang kan..

Sambung balik pasal Syafiq ni, Syafiq maksudnya penyayang.. buktinya adik aku ni nampak je badan besar, tapi hati dia kecil tau, dia senang memaafkan orang, tak panas baran, paling penting dia sayang keluarga dia, contoh, masa aku sedih dulu, dia backup aku, bagi nasihat dekat aku.. hurm.. perghh! tengah menaip boleh bertakung pula kan air mata aku ni..

Selesai je urusan pendaftaran, pergi keluar makan dengan dia.. then, hantar dia balik sampai pintu bilik, duduk sekejap sebab dia sengsorang.. bila kawan bilik dia dah balik, baru kami beransur pulang, nampak tak manja disitu.. kami adik beradik pun bahan dia, 'wey, jangan nangis, konfirm malam ni sebelum tidur kau nangis'.. dan blablablablablabla.. bahan bahan bahan dan bahan sambil gelak gelak.. ehehe.. boleh pula masa aku dok gelak beria tu tetiba air mata aku jatuh.. sedih wey.. sedih..

Ayah aku pun nangis, tapi nyorok nyorok.. kelakar kan?.. hehe.. mak aku tak nangis pun, aku je beria nangis.. lepas dah lambai dia, kami pun balik.. masuk dalam kereta je, aku nangis lagi.. Ya Allah, asal aku sedih sangat? ni pun nak nangis lagi.. entahlah.. siapa tak sayang adik kan?.. nampak je aku ni ganas, tapi dalam hati aku ada taman.. hahahahaha.. ok, sudah sudah leleh lagi.. habis da my story.. take care guys.. assalamualaikum :) thanks for read this entry ^^

Monday, 2 June 2014

Adik ^^

Assalamualaikum.. hai korang.. buat apa tu? tidur eh? hehe.. sementara sebelum masuk tidur ni, update la blog ni sekejap.. memandangkan ni baru post kali kedua kan?.. hurm.. aku nak cerita apa eh? entah ler tak tahu la nak cerita apa.. post yang first bukan main gedik lagi kan, aku bahasakan diri 'i'.. sebenarnya kan aku sajee jee.. hehe..

Meh lah aku nak habaq..dari hari khamis sampai la esok, tak berhenti rehat, asyik keluar rumah je, sejujurnya aku penat gila.. khamis sampai sabtu dekat rumah nenek dekat melaka sebab ada kenduri, pagi sabtu balik rumah dekat kuala langat, then petang tu pergi johan setia pula, kenduri sepupu sebab dia nak kahwin dah.. ahad dengan hari ni keluar juga uruskan adik nak masuk kptm bangi..

Alhamdulillah, dia dapat kptm bangi, kos bisnes dengan kerjasama UiTM.. adik aku ni pemalas sikit, semua nya aku yang mohon.. ipta, politeknik, pra diploma dan kptm.. ada juga yang sangkut, memang aku syukur sangat lah kan.. walaupun adik aku tu spm memain, tapi aku yakin dekat kptm dia akan jadi budak yang rajin.. in shaa allah, jangan jadi masa sekolah, pemalas.. hahaha.. 

Esok dia nak daftar da ke kptm tu, gerak pagi, see? aku keluar lagi, seriously penatnyaaaaaa.. takpelah demi adik aku.. dia ni kan harap je lelaki tapi dia punya barang aku yang packing, dia punya barang tapi aku yang pilih masa nak beli, nak buka acc pun aku yang buat, adoii harap je badan besar, tapi semuanya aku yang buat.. apa apa pun, tu la adik aku.. makin da besar makin rapat..

Diharapkan, adik aku tu berubah la kepada mood nak belajar.. ehehe.. akak doakan agar apa pun yang kau buat sentiasa diberkati dan dipermudahkan ALLAH.. Ameen.. nak tahu tak adik aku yang mana??? tu yang dekat blog aku ni.. dekat sebelah ni ->>>>>>>>

Hehe.. okk habis da bebel, esok kena bangun awal, bye korang, take care, thanks to people that follow me.. assalamulaikum :)

Thursday, 29 May 2014

newbie ~

Assalamualaikum.. Hai guys.. This is my New blog.. Acc lama i dah delete.. Hehe.. Blog baru, dunia baru, hehe.. Rajin rajin la jengah blog i ni.. Tak de lah seberapa mana.. Tapi mengisahkan kehidupan i lah kan.. Disebabkan i baru, jadi memang tak ramai kawan.. Dan tak tahu nak cerita apa nak bagi best.. Takut korang bosan lah.. Apa apa pun, Welcome to my world ^^v
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN